Nama sebenar ‘Bapa
Kimia’ Jabir Ibnu Hayyan adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah
al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang unggul menguasai lebih daripada
satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar
Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta
lama berkecimpung dalam bidang tersebut.
Status Jabir bin
Hayyan serta peranannya dalam pembangunan ilmu kimia adalah seperti penciptaan
amali teori yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan beliau sebagai
ahli kimia Arab.
Jaber Bin Hayan
dianggap sebagai seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden
dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri.
Ilmuan perancis bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran
Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”.
Ahli falsafah
Inggeris Francis Bacon pula pernah berkata bahawa Jabir bin Hayyan
adalah orang yang pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan
beliau dianggap seorang bapa dalam bidang kimia .
Seorang
orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah
mencipta satu anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia
merujuk kepada ketokohan Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya
adalah banyak istilah yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di
Eropah.
Sebelum ilmu
kimia diiktiraf sebagai suatu ilmu yang hebat ia dianggap sebagai suatu yang
penuh dongengan dan sangkaan semata-mata di kalangan masyarakat
Arab.Pakar-pakar kimia Islam mengesahkan bahawa segala jenis logam berasal
daripada suatu unsur dan tdak ada perbezaan di antara satu sama lain, kecuali
jika unsur tersebut dicampuradukkan. Apabila unsur tersebut dianalisis dan
disebatikan dengan unsur yang lain,ia menghasilkan suatu logam yang baru
seperti emas dan perak.
Perspektif yang
pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini menghasilkan beberapa pendapat,ke arah
mencari hakikat dan mengenal rahsia ilmu itu sendiri.Kejayaan yang dicapai oleh
orang Islam hingga mereka sampai kepada hakikat ilmiah itu tidak bermakna
mereka terhutang sesuatu pada Ilmu Yunani,yang mana orang-orang Yunani pada
ketika itu belum mengetahui dan mengenali sebahagian besar ilmu mengenai logam
yang telah dikuasai oleh orang Islam pada masa itu.Dalam pada itu ramai juga
orang Islam yang telah berjaya menganalisis sebahagian besar logam secara kimia
dan mereka juga berjaya membezakan asid dan juga alkali. Hal ini dianggap oleh
ulama moden sebagai orang yang pertama mencipta ilmu kimia dalam sifatnya
sebagai suatu cabang daripada ilmu sains.
Jabir yang
dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku
karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman ,AL-Tajmek
dan AL-Zikbak Sharki serta kitabnya yang paling penting dalam
ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah diterjemahkan dalam
bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab beliau yang bertajuk Al-Sabaaen
diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan beliau dalam
lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari ini.
Kejayaan Jabir
dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang terkandung dalam bukunya
sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui uji kaji makmal seperti mana
ahli-ahli kimia pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan uji kaji
terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia dengan mencampurkan kesemua unsur-unsur
kimia serta beliau juga berjaya menggnakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja
uji kajinya.Lebih membanggakan lagi beliua berjaya membuat kajian mengenai
racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen beliau telah membahagikan racun
kepada tiga bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan racun
batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan yang tidak
pernah kenal erti jemu.
Sejak awal
perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah diterjemahkan oleh
orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau diiktiraf dan beliau juga
menyaingi ahli falsafah mantik Aristotle.Di antara buku beliau yang
diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-Aflan dan Nihayatul
al-Itqan.Daripada buku-buku inilah orang Eropah dapat mempelajari dan
mengkategorikan logam kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan.
Selain Jabir terdapat juga ilmuan lain yang berusaha menganalisis dua unsur
iaitu belerang merah dan aksir alhayah yang dapat menyembuhkan
penyakit.
Kemajuan dan
kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada orang-orang Eropah
dalam lapangan kimia dan mereka juga tidak akan dapat mempelajari dan memberi
pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini.Banyak kenyataan-kenyataan yang
membuktikan orang Arab adalah lebih terkehadpan berbanding Eropah dalam bidang
kimia.Hal ini dapat dilihat melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal
dari perkataan Arab.Ia di sebut dalam bahasa Perancis sebagai al-cime
dan dalam bahasa inggeris sebagai chemistry begitu juga dengan
perkataan alkawiyat menjadi alkali dan perkaetaan al-ambiek
menjadi alembic.
Kemajuan orang
Islam dalam lapangan ilmu kimia ini dapat dipraktikkan di sektor perindustrian
dan juga di universiti-universiti untuk menjalankan penyelidikan.Pada hari ini
ia dikenali sebagai kimia industri dan di UPM sendiri ada menawarkan kursus
BS(K) Kimia Industri,Kimia Petroleum dan Major Kimia begitu juga di
universiti-universiti tempatan yang lain.
Saya ingin
memetik kata-kata seorang sarjana Nusantara Almarhum Prof Dr. HAMKA
pernah mengingatkan kita didalam bukunya Falsafah Hidup katanya “1000
orang bodoh jika meninggal dunia tiada siapa yang tahu tetapi jika seorang
ilmuan meninggal dunia pasti ramai yang mengetahuinya“, bila melihat
bagaimana para ulama’ dan salfussoleh menuntut ilmu rasa kagum dengan mereka
kerana tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi contohnya seperti Imam
Al-Ghazali sendiri mengambil masa yang lama untuk mengarang kitabnya yang
mahsyur Ihya’ Ulumuddin.
Nota editor //: Penulis
merupakan penuntut sarjana dalam bidang fizik di Universiti Putra Malaysia,
(UPM) Serdang.
Pihak MajalahSains.Com
mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi artikel
untuk diterbitkan.
No comments:
Post a Comment