korang boleh tengok modul ni..banyak berguna..
[Modul Kimia Tingkatan 5]
Teruskan perjuangan dlm menempuh SPM..
never give up never surrender!
belajarlah dari kesilapan, jadikan pengalaman sebagai pengajaran
..namun usah toleh ke belakang...
good luck semua...
Friday, 25 May 2012
Thursday, 24 May 2012
Sejarah Law of Attraction
- 1906 - Atkinson, William Walter menyatakan Getaran Fikiran atau Hukum Tarikan di Alam Fikiran (Thought Vibration or the Law of Attraction in the Thought World)
- 1926 - Holmes, Ernest menyatakan Idea-Idea Asas Sains Minda (Basic Ideas of Science of Mind)
- 1949 - Holliwell, Dr. Raymond menyatakan bekerja dengan hukum (Working with the Law)
Kuliah terakhir semester 2 2011/2012
Minggu ini adalah yang kuliah yang terakhir dalam semester ini.Masa amat pantas berlalu dan terlalu mencemburui kita.Pelbagai suka duka cabaran serta pengalaman di tempuhi demi dalam perjalanan bergelar sarjana.
Teruskan langkah dan perjuangan dengan sepenuh jiwa.
Prof Basyaruddin : Pakar Kimia Pemangkinan
Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul
Rahman cukup membuktikan kredibiliti dan pencapaian cemerlang profesor muda
dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pernah meraih pengalaman sebagai penyelidik separuh masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England, Prof Mohd Basyaruddin bagaimanapun terpaksa mengenepikan peluang membina kerjaya di luar negara demi memenuhi hasrat ayah inginkan beliau menjadi pensyarah di universiti tempatan.Beliau kembali ke tanah air bagi menabur bakti sebagai pensyarah di UPM dengan harapan pengetahuan dan kepakaran dimiliki dapat disalurkan kepada pelajar tempatan.“Tiga tahun pertama sebagai pensyarah, saya leka dengan kesibukan mengendalikan pelbagai aktiviti peringkat universiti dan pelajar sehingga melupakan tuntutan dalam aktiviti penyelidikan.“Namun, teguran Timbalan Naib Canselor Inovasi dan Penyelidikan terdahulu , Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh menyedarkan saya untuk kembali membina kekuatan kerana sebagai ahli akademik, hanya satu perkara yang orang akan lihat iaitu jumlah penerbitan.“Bermula itu, saya mencabar diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan setiap apa yang saya lakukan, saya berpegang kepada falsafah, jangan menyesal mencuba daripada menyesal kerana tidak mencuba,” katanya.
BIODATA: Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman
Asal: Pulau Pinang
Umur: 38 tahun
Pendidikan:
- Ijazah Doktor Falsafah Catalysis Chemistry, University of Southampton, England
- Ijazah Dwipengkhususan Kimia dan Sains Komputer, UPM
Pencapaian:
- Profesor Kimia Pemangkinan, Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
- Pengarah Pusat Penyelidikan Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia
- Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
- Penerima Anugerah Khas Paten 2009
- Anugerah Outstanding Young Malaysian 2008
- Outstanding Academic – Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009
- Young Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009
- Young Chemist Awards International Union of Pure and Applied Chemistry Foundation Member – Global Young Academy
- Director/Co-ordinator of the MyBio@School, National Biotechnology Promotion Tour to Schools SIRIM Lead Auditor
- Fellow Researcher of the Institute of Mathematical Research, Institute of Bioscience, dan Institute of Advanced Technology, UPM
- Penyelidik Separuh Masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton
- Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England
Sumber: Berita Harian
Mempunyai kepakaran dalam bidang
kimia pemangkinan, Prof Mohd Basyaruddin mencatat sejarah tersendiri pada
zamannya apabila berjaya menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) pada usia 26
tahun.
Nyata beliau bukan calang-calang
orang, apatah lagi kejayaan muncul sebagai orang Asia pertama yang menjalankan
projek penyelidikan berkaitan synchrotron radiation, antara cabang
pengkhususan kimia pemangkinan ketika mengambil PhD di University of
Southampton, England.“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru dan sebagai
ahli akademik serta saintis, penerokaan ilmu baru merentasi pelbagai disiplin
dituntut bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan sedia ada.“Di Malaysia, bidang
synchrotron radiation ketika itu belum lagi bertapak, malah sehingga
kini masih belum ada perkembangannya berikutan kekangan kemudahan makmal dan
kos tinggi. “Faktor itu menjadi kekuatan kepada saya untuk cuba mendalami
bidang yang saya anggap unik kerana ia hasil gabungan bidang fizik dan kimia,”
katanya.
Pernah meraih pengalaman sebagai penyelidik separuh masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England, Prof Mohd Basyaruddin bagaimanapun terpaksa mengenepikan peluang membina kerjaya di luar negara demi memenuhi hasrat ayah inginkan beliau menjadi pensyarah di universiti tempatan.Beliau kembali ke tanah air bagi menabur bakti sebagai pensyarah di UPM dengan harapan pengetahuan dan kepakaran dimiliki dapat disalurkan kepada pelajar tempatan.“Tiga tahun pertama sebagai pensyarah, saya leka dengan kesibukan mengendalikan pelbagai aktiviti peringkat universiti dan pelajar sehingga melupakan tuntutan dalam aktiviti penyelidikan.“Namun, teguran Timbalan Naib Canselor Inovasi dan Penyelidikan terdahulu , Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh menyedarkan saya untuk kembali membina kekuatan kerana sebagai ahli akademik, hanya satu perkara yang orang akan lihat iaitu jumlah penerbitan.“Bermula itu, saya mencabar diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan setiap apa yang saya lakukan, saya berpegang kepada falsafah, jangan menyesal mencuba daripada menyesal kerana tidak mencuba,” katanya.
Falsafah itu menjadi titik tolak
pencapaian Prof Mohd Basyaruddin dalam penyelidikan sehingga berjaya meraih
pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij tempatan serta luar negara dalam
tempoh tujuh tahun.Mengetuai kumpulan penyelidikan Enzim dan Mikrobiologi
Teknologi UPM yang ditubuhkan sejak 1996, beliau pernah menjawat jawatan
sebagai Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM sebelum dipinjamkan ke
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menerajui Pusat Penyelidikan
Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia (IGM) sebagai
pengarah sejak Januari 2009.Pada peringkat antarabangsa, Prof Mohd Basyaruddin
ialah Ahli Pengasas, Global Young Scientist Academy, ahli American Chemical
Society, Amerika Syarikat, ahli The New York Academy of Sciences, ahli bersekutu
Royal Society of Chemistry, United Kingdom dan ahli World Academy of Young
Scientists.
Kecemerlangan beliau dalam
penyelidikan turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan The Outstanding
Young Malaysian Awards 2008, Anugerah Khas Paten 2009, Outstanding Academic –
Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009, Young
Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009 dan Anugerah
Saintis Cemerlang Malaysia 2005.“Sehingga kini, saya masih aktif menjalankan penyelidikan
dalam skop yang lebih luas, bukan saja kimia, malah struktur biologi merangkumi
biopemangkinan, kejuruteraan protein dan simulasi molekular.“Antara kajian
pembangunan penyelidikan yang masih aktif pada peringkat makmal ialah Structural
Biology and Dynamics of Protein, Metalloenzyme and Metal Substitution in
Enzyme, Immobilisation of Enzyme on Advanced Materials, Chiral Esterification
of Oleochemicals and Pharmaceuticals, Ionic Liquid and Biosolvent Engineering
serta Molecular Modeling and Simulation,” katanya.
BIODATA: Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman
Asal: Pulau Pinang
Umur: 38 tahun
Pendidikan:
- Ijazah Doktor Falsafah Catalysis Chemistry, University of Southampton, England
- Ijazah Dwipengkhususan Kimia dan Sains Komputer, UPM
Pencapaian:
- Profesor Kimia Pemangkinan, Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
- Pengarah Pusat Penyelidikan Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia
- Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
- Penerima Anugerah Khas Paten 2009
- Anugerah Outstanding Young Malaysian 2008
- Outstanding Academic – Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009
- Young Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009
- Young Chemist Awards International Union of Pure and Applied Chemistry Foundation Member – Global Young Academy
- Director/Co-ordinator of the MyBio@School, National Biotechnology Promotion Tour to Schools SIRIM Lead Auditor
- Fellow Researcher of the Institute of Mathematical Research, Institute of Bioscience, dan Institute of Advanced Technology, UPM
- Penyelidik Separuh Masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton
- Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England
Sumber: Berita Harian
Dapur Adalah Makmal Kimia
Aku pelik kenapa ramai budak tak suka Kimia
ataupun Sains. Aku tak layak tulis pasal Fizik ataupun Biologi disebabkan aku
memang minat yang amat sangat dengan kimia. Mungkin sebab aku dapat buat benda
yang aku suka dalam hidup, mengharungi kepayahan dan kesusahan tidaklah sampai
ke satu tahap tekanan. Ya, dalam hidup kalau kita dapat buat benda yang kita
suka tentulah sangat seronok bukan?
love chemistry
Baiklah, mari kita tengok antara kajian saintifik terhadap
diri sendiri yang aku terapkan mengikut ciri-ciri sesuatu kajian.
- Daya pemerhatian - Benda ini penting sebagai orang sains dan dalam benda yang melibatkan kemahiran. Jadi aku menggunakan daya pemerhatian sebagai salah satu cara aku mendapatkan sesuatu pengetahuan. Ini meliputi apabila aku ralit melihat Puan Mulia masak walaupun dia membebel kenapa aku tengok dia masak sampai aku tolong dia lambat. Tapi itu memang aku, aku perhatikan dan gunakan semula pengetahuan itu bila perlu.
- Perlu ada langkah-langkah - Ya. Macam mana kau buat eksperimen di dalam makmal, ataupun bertukang di dalam bengkel, perlu ada manual kerja. Nampak macam sangat mahu kesempurnaan, tapi pada aku itu bukan mengejar kesempurnaan, tetapi mengelakkan kesilapan. Manusia memang akan sentiasa buat silap, tapi pasti lebih berbaloi kalau kita dapat elakkan ia terjadi kan? Pernah sekali aku tersalah baca manual semasa di dalam makmal sewaktu zaman belajar, habis berasap set eksperimen aku. Nasib baik hidup lagi.
- Rujukan tambahan - Ini yang aku gunakan dengan lebih mendalam bila aku dah mula pandai nak beli alat solek sendiri. Baca artikel di surat khabar, majalah dan aku akan cuba sendiri dengan muka aku adalah tempat membuat uji kaji. Sama juga macam aku baca mana-mana resepi, aku akan cuba dengan gunakan segala benda yang aku boleh cari. Yang aku tak boleh cari, aku ubah ikut suka hati aku sendiri. Pensyarah aku dulu kata kita mesti inovasi dalam uji kaji. Ya lah. Itu uji kaji biasa, kalau aku guna nuklear? Eh.
Jangan lupa langkah berjaga-jaga semasa membuat uji kaji.
- Dapur : Banyak benda bahaya. Jaga-jaga jangan sampai terbakar, tercederakan diri sendiri dengan alatan yang tajam serta boleh membunuh.
- Alat solek : Sayangilah muka sendiri. Pilih alat solek yang bersesuaian dengan diri. Jangan sampai memerlukan pembedahan plastik ya? Itu kita tak boleh buat uji kaji dengan diri sendiri. Tak boleh!
http://pseudosains.blogspot.com/2011/06/dapur-adalah-makmal-kimia.html
Monday, 21 May 2012
Perjuangan harus diteruskan
Menimba ilmu adalah satu perjalanan yang panjang,
serta penuh kisah suka duka disepanjang perjalanan menuju destinasi kejayaan.
Alhamdulillah, diam tak diam dah tinggal seminggu lagi semester 2 teacher akan berakhir.
Sesunggguhnya memori bersama rakan dan pensyarah banyak memberikan kenangan manis dalam teacher meneruskan minat mendalami ilmu.
Kepada anak-anak murid teacher di luar sana, teruskan perjuangan demi sebuah kejayaan.
Jumpa kita di puncak kejayaan...

Subscribe to:
Posts (Atom)