Thursday, 24 May 2012

Dapur Adalah Makmal Kimia

 
Aku pelik kenapa ramai budak tak suka Kimia ataupun Sains. Aku tak layak tulis pasal Fizik ataupun Biologi disebabkan aku memang minat yang amat sangat dengan kimia. Mungkin sebab aku dapat buat benda yang aku suka dalam hidup, mengharungi kepayahan dan kesusahan tidaklah sampai ke satu tahap tekanan. Ya, dalam hidup kalau kita dapat buat benda yang kita suka tentulah sangat seronok bukan?
love chemistry

Baiklah, mari kita tengok antara kajian saintifik terhadap diri sendiri yang aku terapkan mengikut ciri-ciri sesuatu kajian.
  • Daya pemerhatian - Benda ini penting sebagai orang sains dan dalam benda yang melibatkan kemahiran. Jadi aku menggunakan daya pemerhatian sebagai salah satu cara aku mendapatkan sesuatu pengetahuan. Ini meliputi apabila aku ralit melihat Puan Mulia masak walaupun dia membebel kenapa aku tengok dia masak sampai aku tolong dia lambat. Tapi itu memang aku, aku perhatikan dan gunakan semula pengetahuan itu bila perlu.
  • Perlu ada langkah-langkah - Ya. Macam mana kau buat eksperimen di dalam makmal, ataupun bertukang di dalam bengkel, perlu ada manual kerja. Nampak macam sangat mahu kesempurnaan, tapi pada aku itu bukan mengejar kesempurnaan, tetapi mengelakkan kesilapan. Manusia memang akan sentiasa buat silap, tapi pasti lebih berbaloi kalau kita dapat elakkan ia terjadi kan? Pernah sekali aku tersalah baca manual semasa di dalam makmal sewaktu zaman belajar, habis berasap set eksperimen aku. Nasib baik hidup lagi.
  • Rujukan tambahan - Ini yang aku gunakan dengan lebih mendalam bila aku dah mula pandai nak beli alat solek sendiri. Baca artikel di surat khabar, majalah dan aku akan cuba sendiri dengan muka aku adalah tempat membuat uji kaji. Sama juga macam aku baca mana-mana resepi, aku akan cuba dengan gunakan segala benda yang aku boleh cari. Yang aku tak boleh cari, aku ubah ikut suka hati aku sendiri. Pensyarah aku dulu kata kita mesti inovasi dalam uji kaji. Ya lah. Itu uji kaji biasa, kalau aku guna nuklear? Eh.

Jangan lupa langkah berjaga-jaga semasa membuat uji kaji.
  • Dapur : Banyak benda bahaya. Jaga-jaga jangan sampai terbakar, tercederakan diri sendiri dengan alatan yang tajam serta boleh membunuh. 
  • Alat solek : Sayangilah muka sendiri. Pilih alat solek yang bersesuaian dengan diri. Jangan sampai memerlukan pembedahan plastik ya? Itu kita tak boleh buat uji kaji dengan diri sendiri. Tak boleh!
pengalaman dan coretan yg teacher petik dari blog di bawah; sama2 kita fikir2kan.
http://pseudosains.blogspot.com/2011/06/dapur-adalah-makmal-kimia.html

 

No comments:

Post a Comment