Tuesday, 13 November 2012

3 Keperitan Yang Perlu Dilalui Oleh Seorang Pelajar

3 November 2012, saya merasmikan ihtifal Maahad Sains al-Quran al-Amin, sekolah tahfiz yang saya kelolakan.

Pada kesempatan kali ini, anak-anak murid saya dan juga ibu ayah mereka ada.

Kami mulakan program dengan bacaan doa dan al-Quran.

Kemudian saya membawakan 3 keperitan yang perlu dilalui oleh seorang pelajar dan ia merupakan satu sunnatullah.

3 Keperitan itu ialah keperitan ilmu, keperitan majlis ilmu dan keperitan bersama guru. Memang, Nabi SAW juga melalui proses yang sama di dalam baginda menerima wahyu.

Orang hebat seperti Imam Syafie dan Salahuddin al-Ayubi juga melalui proses yang sama.

Jadi, seorang yang ingin menjadi orang hebat perlu melalui proses yang sama. Ia ibarat ingin melahirkan roti canai yang sedap dan baik, ia perlu diuli, dibanting, ditepuk, dilambung, dibakar. Barulah ia menjadi roti canai yang sedap dan enak.

Kalau seguni tepung tidak mahu melalui proses tadi, hanya diletakkan di lantai tidak disentuh dan diproses maka, ia hanya akan tetap seguni tepung yang lama kelamaan akan menjadi rosak dan busuk.

Mari sama-sama kita kongsikan sebahagian dari rakamannya, semoga memberi manfaat.

"Ilmu Asas Amal"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
5 November 2012 jam 7.30 malam


No comments:

Post a Comment