Wednesday, 19 December 2012

Your Brain Is More Powerful Than All The Computers On Earth

By Elizabeth Armstrong Moore / Source: Cnet News

The human brain is truly awesome.

A typical, healthy one houses some 200 billion nerve cells, which are connected to one another via hundreds of trillions of synapses. Each synapse functions like a microprocessor, and tens of thousands of them can connect a single neuron to other nerve cells. In the cerebral cortex alone, there are roughly 125 trillion synapses, which is about how many stars fill 1,500 Milky Way galaxies.

These synapses are, of course, so tiny (less than a thousandth of a millimeter in diameter) that humans haven't been able to see with great clarity what exactly they do and how, beyond knowing that their numbers vary over time. That is until now.

Researchers at the Stanford University School of Medicine have spent the past few years engineering a new imaging model, which they call array tomography, in conjunction with novel computational software, to stitch together image slices into a three-dimensional image that can be rotated, penetrated and navigated. Their work appears in the journal Neuron this week.

To test their model, the team took tissue samples from a mouse whose brain had been bioengineered to make larger neurons in the cerebral cortex express a fluorescent protein (found in jellyfish), making them glow yellow-green. Because of this glow, the researchers were able to see synapses against the background of neurons.

They found that the brain's complexity is beyond anything they'd imagined, almost to the point of being beyond belief, says Stephen Smith, a professor of molecular and cellular physiology and senior author of the paper describing the study:

One synapse, by itself, is more like a microprocessor -- with both memory-storage and information-processing elements -- than a mere on/off switch. In fact, one synapse may contain on the order of 1,000 molecular-scale switches. A single human brain has more switches than all the computers and routers and Internet connections on Earth.

Smith adds that this gives us a glimpse into brain tissue at a level of detail never before attained: "The entire anatomical context of the synapses is preserved. You know right where each one is, and what kind it is."

While the study was set up to demonstrate array tomography's potential in neuroscience (which is starting to resemble astronomy), the team was surprised to find that a class of synapses that have been considered identical to one another actually contain certain distinctions. They hope to use their imaging model to learn more about those distinctions, identifying which are gained or lost during learning, after experiences such as trauma, or in neurodegenerative disorders like Alzheimer's.

In the meantime, Smith and Micheva are starting a company that is gathering funding for future work, and Stanford's Office of Technology Licensing has obtained a U.S. patent on array tomography and filed for a second.

Tuesday, 13 November 2012

Nama Ke 69 - Allah al-Qadir


3 Keperitan Yang Perlu Dilalui Oleh Seorang Pelajar

3 November 2012, saya merasmikan ihtifal Maahad Sains al-Quran al-Amin, sekolah tahfiz yang saya kelolakan.

Pada kesempatan kali ini, anak-anak murid saya dan juga ibu ayah mereka ada.

Kami mulakan program dengan bacaan doa dan al-Quran.

Kemudian saya membawakan 3 keperitan yang perlu dilalui oleh seorang pelajar dan ia merupakan satu sunnatullah.

3 Keperitan itu ialah keperitan ilmu, keperitan majlis ilmu dan keperitan bersama guru. Memang, Nabi SAW juga melalui proses yang sama di dalam baginda menerima wahyu.

Orang hebat seperti Imam Syafie dan Salahuddin al-Ayubi juga melalui proses yang sama.

Jadi, seorang yang ingin menjadi orang hebat perlu melalui proses yang sama. Ia ibarat ingin melahirkan roti canai yang sedap dan baik, ia perlu diuli, dibanting, ditepuk, dilambung, dibakar. Barulah ia menjadi roti canai yang sedap dan enak.

Kalau seguni tepung tidak mahu melalui proses tadi, hanya diletakkan di lantai tidak disentuh dan diproses maka, ia hanya akan tetap seguni tepung yang lama kelamaan akan menjadi rosak dan busuk.

Mari sama-sama kita kongsikan sebahagian dari rakamannya, semoga memberi manfaat.

"Ilmu Asas Amal"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
5 November 2012 jam 7.30 malam


Sunday, 27 May 2012

Jabir Ibnu Hayyan : Bapa Kimia dari Dunia Islam




Nama sebenar ‘Bapa Kimia’ Jabir Ibnu Hayyan adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang unggul menguasai lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dalam bidang tersebut.

Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan ilmu kimia adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia Arab.

Jaber Bin Hayan dianggap sebagai seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri. Ilmuan perancis bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”.

Ahli falsafah Inggeris Francis Bacon pula pernah berkata bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa dalam bidang kimia .

Seorang orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah.

Sebelum ilmu kimia diiktiraf sebagai suatu ilmu yang hebat ia dianggap sebagai suatu yang penuh dongengan dan sangkaan semata-mata di kalangan masyarakat Arab.Pakar-pakar kimia Islam mengesahkan bahawa segala jenis logam berasal daripada suatu unsur dan tdak ada perbezaan di antara satu sama lain, kecuali jika unsur tersebut dicampuradukkan. Apabila unsur tersebut dianalisis dan disebatikan dengan unsur yang lain,ia menghasilkan suatu logam yang baru seperti emas dan perak.

Perspektif yang pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini menghasilkan beberapa pendapat,ke arah mencari hakikat dan mengenal rahsia ilmu itu sendiri.Kejayaan yang dicapai oleh orang Islam hingga mereka sampai kepada hakikat ilmiah itu tidak bermakna mereka terhutang sesuatu pada Ilmu Yunani,yang mana orang-orang Yunani pada ketika itu belum mengetahui dan mengenali sebahagian besar ilmu mengenai logam yang telah dikuasai oleh orang Islam pada masa itu.Dalam pada itu ramai juga orang Islam yang telah berjaya menganalisis sebahagian besar logam secara kimia dan mereka juga berjaya membezakan asid dan juga alkali. Hal ini dianggap oleh ulama moden sebagai orang yang pertama mencipta ilmu kimia dalam sifatnya sebagai suatu cabang daripada ilmu sains.

Jabir yang dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman ,AL-Tajmek dan AL-Zikbak Sharki serta kitabnya yang paling penting dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab beliau yang bertajuk Al-Sabaaen diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari ini.

Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang terkandung dalam bukunya sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui uji kaji makmal seperti mana ahli-ahli kimia pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia dengan mencampurkan kesemua unsur-unsur kimia serta beliau juga berjaya menggnakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja uji kajinya.Lebih membanggakan lagi beliua berjaya membuat kajian mengenai racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen beliau telah membahagikan racun kepada tiga bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan racun batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan yang tidak pernah kenal erti jemu.

Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah diterjemahkan oleh orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau diiktiraf dan beliau juga menyaingi ahli falsafah mantik Aristotle.Di antara buku beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-Aflan dan Nihayatul al-Itqan.Daripada buku-buku inilah orang Eropah dapat mempelajari dan mengkategorikan logam kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan. Selain Jabir terdapat juga ilmuan lain yang berusaha menganalisis dua unsur iaitu belerang merah dan aksir alhayah yang dapat menyembuhkan penyakit.

Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada orang-orang Eropah dalam lapangan kimia dan mereka juga tidak akan dapat mempelajari dan memberi pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini.Banyak kenyataan-kenyataan yang membuktikan orang Arab adalah lebih terkehadpan berbanding Eropah dalam bidang kimia.Hal ini dapat dilihat melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal dari perkataan Arab.Ia di sebut dalam bahasa Perancis sebagai al-cime dan dalam bahasa inggeris sebagai chemistry begitu juga dengan perkataan alkawiyat menjadi alkali dan perkaetaan al-ambiek menjadi alembic.

Kemajuan orang Islam dalam lapangan ilmu kimia ini dapat dipraktikkan di sektor perindustrian dan juga di universiti-universiti untuk menjalankan penyelidikan.Pada hari ini ia dikenali sebagai kimia industri dan di UPM sendiri ada menawarkan kursus BS(K) Kimia Industri,Kimia Petroleum dan Major Kimia begitu juga di universiti-universiti tempatan yang lain.

Saya ingin memetik kata-kata seorang sarjana Nusantara Almarhum Prof Dr. HAMKA pernah mengingatkan kita didalam bukunya Falsafah Hidup katanya “1000 orang bodoh jika meninggal dunia tiada siapa yang tahu tetapi jika seorang ilmuan meninggal dunia pasti ramai yang mengetahuinya“, bila melihat bagaimana para ulama’ dan salfussoleh menuntut ilmu rasa kagum dengan mereka kerana tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi contohnya seperti Imam Al-Ghazali sendiri mengambil masa yang lama untuk mengarang kitabnya yang mahsyur Ihya’ Ulumuddin.

Nota editor //: Penulis merupakan penuntut sarjana dalam bidang fizik di Universiti Putra Malaysia, (UPM) Serdang.

Pihak MajalahSains.Com mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi artikel untuk diterbitkan.

Membongkar Rahsia Ibadat Solat Secara Saintifik




Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.

Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Catatan :// Artikel ini pernah muncul di Utusan Malaysia pada 30/7/2009

Kajian Otak Einstein




Nama Albert Einstein sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum ini MajalahSains.Com telah membawakan dua kisah Einstein untuk pengunjung laman ini. Yang pertama ialah artikel tentang ketokohan beliau yang berjudul "Einstein : Dari Kerani Menjadi Saintis Agung" dan yang terbaru ialah "Otak Einstein Pertama Kali dipamerkan di Muzium".

Otak Albert Einstein, saintis terkenal abad 20 ini diambil 7 jam selepas kematiannya pada tahun 1955.
Otak ini menarik perhatian dunia kerana reputasi Albert Einstein yang dikatakan seorang yang genius dan istimewa. Penemuan-penemuan dari hasil kajian tentang otak beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan kemampuan manusia pintar ini yang menghasilkan banyak idea-idea baru dalam dunia sains matematik terutamanya penghasilan Teori Relativiti yang sehingga kini masih dikaji.
Kisah pengambilan dan pengawetan organ ini telah menjadi tanda-tanya banyak pihak samada ia dizinkan atau tidak. Dalam biografinya yang ditulis oleh Ronald Clark (1971), Einstein mengatakan bahawa beliau membenarkan otaknya digunakan sebagai bahan kajian dan meminta jasadnya dibakar.
Walaubagaimanapun, kenyataan Ronald Clark dibantah oleh sebahagian ahli keluarga Einstein. Anak lelaki Einstein iaitu Hans Albert Einstein memberitahu bahawa kebenaran diberikan selepas organ tersebut diambil, bukan sebelumnya. Pengambilan itu juga dipersetujui sekiranya ia bertujuan untuk diguna pakai untuk kegiatan penyelidikan yang hasilnya nanti diterbitkan dalam jurnal-jurnal berkualiti tinggi.



Profesor Marian Diamond yang menjalankan autopsi ke atas otak Einstein mendapati bahawa ia mirip dengan otak orang-orang kebanyakan. Menurut beliau, otak Einstein hanya terlatih pada seikit bahagian-bahagian tertentu sahaja. Prof. Marian Diamond merupakan pakar anatomi kajian otak dari Universiti California, Berkeley yang menghabiskan masanya selama enam bulan untuk melakukan kajian ke atas otak Einstein dengan memilih bahagian-bahagian tertentu otak tersebut dan meneliti sel-sel neuronnya.



Di bahagian kiri otak Einstein ditemui lebih banyak sel glial untuk setiap neuron berbanding otak biasa. Hal ini mungkin boleh menjadi hipotesis awal tentang kecerdasan Einstein walaupun Profesor Diamond tidak memberikan kepastian tentang itu.



Untuk makluman secara umum, di dalam otak terdapat dua jenis sel iaitu sel neuron yang mengatur tugas berfikir dan melakukan kerja saraf. Jenis sel kedua ialah sel glial atau neuroglia yang berfungsi menyediakan ‘makanan’ dan melakukan tugas yang membantu sel neuron.



Prof Diamond berminat untuk melakukan kajian tersebut apabila melihat gambar otak Einstein yang telah diawetkan dan dimuatkan di dalam sebuah majalah perubatan.
Otak yang diawetkan tesebut dimiliki oleh seorang ahli patologi dari Amerika Syarikat iaitu Thomas Harvey. Harvey merupakan salah seorang doktor yang terlibat yang melaksanakan proses autopsi ke atas jasad Albert Einstein selepas saintis itu meninggal dunia pada 18 April 1955 ketika berusia 76 tahun. Prof Diamond memujuk Thomas Harvey selama 3 tahun supaya menyerahkan sebahagian otak Einstein untuk kajiannya. Akhirnya Diamond berjaya walaupun hanya mendapat 4 keratan sampel dari otak tersebut.
Dalam perkembangan lain, dikatakan otak Einstein itu baru ditemui kembali pada tahun 1978 dan mendapat perhatian yang meluas di dalam komuniti sains. Otak yang diawet itu kini berada di dalam sebuah balang dan baru-baru ini dipamerkan pertama kali untuk tontonan umum di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter, di Philadelphia Amerika Syarikat.
@MajalahSains.Com



Penggunaan Ketuhar Gelombang Mikro: Kesan ke atas Kesihatan Manusia


Jadual Berkala Unsur


cantikkan!.. tengok selalu, kemudian visualisisasi..kena practice ye..baru 'melekat' di minda..
lagipun visualisasi ni salah satu cara melatih hemisfera otak kanan..

Ayat- ayat Cinta



Wahai anak-anak murid sekelian,
sila amalkan ayat ini dalam apa juga urusan..terutama ketika dalam kesulitan..
sangat baik diamalkan waktu menghadapi peperiksaan...

Friday, 25 May 2012

kepada semua calon SPM

korang boleh tengok modul ni..banyak berguna..

[Modul Kimia Tingkatan 5]

Teruskan perjuangan dlm menempuh SPM..
never give up never surrender!

belajarlah dari kesilapan, jadikan pengalaman sebagai pengajaran
..namun usah toleh ke belakang...


good luck semua...

Thursday, 24 May 2012

Sejarah Law of Attraction


Law of Attraction didokumenkan sejak awal 1900 oleh:
  • 1906 - Atkinson, William Walter menyatakan Getaran Fikiran atau Hukum Tarikan di Alam Fikiran (Thought Vibration or the Law of Attraction in the Thought World)
  • 1926 - Holmes, Ernest menyatakan Idea-Idea Asas Sains Minda (Basic Ideas of Science of Mind)
  • 1949 - Holliwell, Dr. Raymond menyatakan bekerja dengan hukum (Working with the Law)

Kuliah terakhir semester 2 2011/2012


Minggu ini adalah yang kuliah yang terakhir dalam semester ini.Masa amat pantas berlalu dan terlalu mencemburui kita.Pelbagai suka duka cabaran serta pengalaman di tempuhi demi dalam perjalanan bergelar sarjana.

Teruskan langkah dan perjuangan dengan sepenuh jiwa.

Prof Basyaruddin : Pakar Kimia Pemangkinan

Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman cukup membuktikan kredibiliti dan pencapaian cemerlang profesor muda dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mempunyai kepakaran dalam bidang kimia pemangkinan, Prof Mohd Basyaruddin mencatat sejarah tersendiri pada zamannya apabila berjaya menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) pada usia 26 tahun.

Nyata beliau bukan calang-calang orang, apatah lagi kejayaan muncul sebagai orang Asia pertama yang menjalankan projek penyelidikan berkaitan synchrotron radiation, antara cabang pengkhususan kimia pemangkinan ketika mengambil PhD di University of Southampton, England.“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru dan sebagai ahli akademik serta saintis, penerokaan ilmu baru merentasi pelbagai disiplin dituntut bagi memantapkan kepakaran dan pengetahuan sedia ada.“Di Malaysia, bidang synchrotron radiation ketika itu belum lagi bertapak, malah sehingga kini masih belum ada perkembangannya berikutan kekangan kemudahan makmal dan kos tinggi. “Faktor itu menjadi kekuatan kepada saya untuk cuba mendalami bidang yang saya anggap unik kerana ia hasil gabungan bidang fizik dan kimia,” katanya.


Pernah meraih pengalaman sebagai penyelidik separuh masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England, Prof Mohd Basyaruddin bagaimanapun terpaksa mengenepikan peluang membina kerjaya di luar negara demi memenuhi hasrat ayah inginkan beliau menjadi pensyarah di universiti tempatan.Beliau kembali ke tanah air bagi menabur bakti sebagai pensyarah di UPM dengan harapan pengetahuan dan kepakaran dimiliki dapat disalurkan kepada pelajar tempatan.“Tiga tahun pertama sebagai pensyarah, saya leka dengan kesibukan mengendalikan pelbagai aktiviti peringkat universiti dan pelajar sehingga melupakan tuntutan dalam aktiviti penyelidikan.“Namun, teguran Timbalan Naib Canselor Inovasi dan Penyelidikan terdahulu , Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh menyedarkan saya untuk kembali membina kekuatan kerana sebagai ahli akademik, hanya satu perkara yang orang akan lihat iaitu jumlah penerbitan.“Bermula itu, saya mencabar diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan setiap apa yang saya lakukan, saya berpegang kepada falsafah, jangan menyesal mencuba daripada menyesal kerana tidak mencuba,” katanya.

Falsafah itu menjadi titik tolak pencapaian Prof Mohd Basyaruddin dalam penyelidikan sehingga berjaya meraih pelbagai pengiktirafan dan anugerah berprestij tempatan serta luar negara dalam tempoh tujuh tahun.Mengetuai kumpulan penyelidikan Enzim dan Mikrobiologi Teknologi UPM yang ditubuhkan sejak 1996, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM sebelum dipinjamkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menerajui Pusat Penyelidikan Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia (IGM) sebagai pengarah sejak Januari 2009.Pada peringkat antarabangsa, Prof Mohd Basyaruddin ialah Ahli Pengasas, Global Young Scientist Academy, ahli American Chemical Society, Amerika Syarikat, ahli The New York Academy of Sciences, ahli bersekutu Royal Society of Chemistry, United Kingdom dan ahli World Academy of Young Scientists.

Kecemerlangan beliau dalam penyelidikan turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan The Outstanding Young Malaysian Awards 2008, Anugerah Khas Paten 2009, Outstanding Academic – Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009, Young Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009 dan Anugerah Saintis Cemerlang Malaysia 2005.“Sehingga kini, saya masih aktif menjalankan penyelidikan dalam skop yang lebih luas, bukan saja kimia, malah struktur biologi merangkumi biopemangkinan, kejuruteraan protein dan simulasi molekular.“Antara kajian pembangunan penyelidikan yang masih aktif pada peringkat makmal ialah Structural Biology and Dynamics of Protein, Metalloenzyme and Metal Substitution in Enzyme, Immobilisation of Enzyme on Advanced Materials, Chiral Esterification of Oleochemicals and Pharmaceuticals, Ionic Liquid and Biosolvent Engineering serta Molecular Modeling and Simulation,” katanya.

BIODATA: Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman
Asal:
Pulau Pinang
Umur: 38 tahun
Pendidikan:
- Ijazah Doktor Falsafah Catalysis Chemistry, University of Southampton, England
- Ijazah Dwipengkhususan Kimia dan Sains Komputer, UPM
Pencapaian:
- Profesor Kimia Pemangkinan, Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
- Pengarah Pusat Penyelidikan Biologi dan Struktur Sintetik, Institut Genom Malaysia
- Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM
- Penerima Anugerah Khas Paten 2009
- Anugerah Outstanding Young Malaysian 2008
- Outstanding Academic – Young Scientist, InterAcademy Panel on International Issues, Jerman 2009
- Young Scientist Award, Academy of Sciences for Developing Nation 2009
- Young Chemist Awards International Union of Pure and Applied Chemistry Foundation Member – Global Young Academy
- Director/Co-ordinator of the MyBio@School, National Biotechnology Promotion Tour to Schools SIRIM Lead Auditor
- Fellow Researcher of the Institute of Mathematical Research, Institute of Bioscience, dan Institute of Advanced Technology, UPM
- Penyelidik Separuh Masa di European Synchroton Radiation Facilities, Grenoble, Perancis dan Synchroton
- Radiation Station, Daresbury Laboratory, Warrington, England



Sumber: Berita Harian

Dapur Adalah Makmal Kimia

 
Aku pelik kenapa ramai budak tak suka Kimia ataupun Sains. Aku tak layak tulis pasal Fizik ataupun Biologi disebabkan aku memang minat yang amat sangat dengan kimia. Mungkin sebab aku dapat buat benda yang aku suka dalam hidup, mengharungi kepayahan dan kesusahan tidaklah sampai ke satu tahap tekanan. Ya, dalam hidup kalau kita dapat buat benda yang kita suka tentulah sangat seronok bukan?
love chemistry

Baiklah, mari kita tengok antara kajian saintifik terhadap diri sendiri yang aku terapkan mengikut ciri-ciri sesuatu kajian.
  • Daya pemerhatian - Benda ini penting sebagai orang sains dan dalam benda yang melibatkan kemahiran. Jadi aku menggunakan daya pemerhatian sebagai salah satu cara aku mendapatkan sesuatu pengetahuan. Ini meliputi apabila aku ralit melihat Puan Mulia masak walaupun dia membebel kenapa aku tengok dia masak sampai aku tolong dia lambat. Tapi itu memang aku, aku perhatikan dan gunakan semula pengetahuan itu bila perlu.
  • Perlu ada langkah-langkah - Ya. Macam mana kau buat eksperimen di dalam makmal, ataupun bertukang di dalam bengkel, perlu ada manual kerja. Nampak macam sangat mahu kesempurnaan, tapi pada aku itu bukan mengejar kesempurnaan, tetapi mengelakkan kesilapan. Manusia memang akan sentiasa buat silap, tapi pasti lebih berbaloi kalau kita dapat elakkan ia terjadi kan? Pernah sekali aku tersalah baca manual semasa di dalam makmal sewaktu zaman belajar, habis berasap set eksperimen aku. Nasib baik hidup lagi.
  • Rujukan tambahan - Ini yang aku gunakan dengan lebih mendalam bila aku dah mula pandai nak beli alat solek sendiri. Baca artikel di surat khabar, majalah dan aku akan cuba sendiri dengan muka aku adalah tempat membuat uji kaji. Sama juga macam aku baca mana-mana resepi, aku akan cuba dengan gunakan segala benda yang aku boleh cari. Yang aku tak boleh cari, aku ubah ikut suka hati aku sendiri. Pensyarah aku dulu kata kita mesti inovasi dalam uji kaji. Ya lah. Itu uji kaji biasa, kalau aku guna nuklear? Eh.

Jangan lupa langkah berjaga-jaga semasa membuat uji kaji.
  • Dapur : Banyak benda bahaya. Jaga-jaga jangan sampai terbakar, tercederakan diri sendiri dengan alatan yang tajam serta boleh membunuh. 
  • Alat solek : Sayangilah muka sendiri. Pilih alat solek yang bersesuaian dengan diri. Jangan sampai memerlukan pembedahan plastik ya? Itu kita tak boleh buat uji kaji dengan diri sendiri. Tak boleh!
pengalaman dan coretan yg teacher petik dari blog di bawah; sama2 kita fikir2kan.
http://pseudosains.blogspot.com/2011/06/dapur-adalah-makmal-kimia.html

 

Monday, 21 May 2012

Perjuangan harus diteruskan

Menimba ilmu adalah satu perjalanan yang panjang,
serta penuh kisah suka duka disepanjang perjalanan menuju destinasi kejayaan.

Alhamdulillah, diam tak diam dah tinggal seminggu lagi semester 2 teacher akan berakhir.
Sesunggguhnya memori bersama rakan dan pensyarah banyak memberikan kenangan manis dalam teacher meneruskan minat mendalami ilmu.

Kepada anak-anak murid teacher di luar sana, teruskan perjuangan demi sebuah kejayaan.
Jumpa kita di puncak kejayaan...

Friday, 18 May 2012

Dedikasi kepada semua bekas pelajar kimia...

Kepada semua bekas pelajar teacher..
Assalamualaikum.. Teacher dedikasikan blog ini untuk tatapan semua pelajar2 yang pernah menjadi anak didik teacher sepanjang perkhidmatan di SMK Panchor. Semoga blog ini menjadi kenangan yang manis untuk dikenang.
i'll be here for you all...
Kalau rindu teacher jengok2 la blog ini.

Sunday, 6 May 2012

Tugasan CamStudio = apa yang penting!..kerjasama..


Assalamualaikum dan selamat pagi.... pengalaman bersama ahli kumpulan juliamira dan mokhzani menyiapkan tugasan terakhir kumpulan iaitu CamStudio. rakaman memakan masa sehingga 9jam..walaupun dengan eksperimen yang mudah. memandangkan ini kali pertama menggunakan perisian CamStudio berbagai dugaan dan cabaran ditempuhi.. pelbagai 'try and error' yg kami hadapi dan lakukan.. bermula seawal jam 8.30 pagi, namun jam 2.30 petang shj pun rakaman kami masih belum berhasil.. berkali2 kami ulang dan ulang dan ulang lagi rakaman tersebut.. Tuhan sahaja yg tahu betapa mencabarnya saat2 yang kami tempuhi.. namun berbekalkan toleransi, kata2 semangat antara satu sama lain.. juga kesabaran masing2 akhirnya usaha kami membuahkan hasil.. syukur alhamdulillah.. akhirnya semuanya selesai jam 5.30 petang.. apa pun ini adalah salah satu pengalaman berharga yg dikutip sepanjang perjalanan kami melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar sarjana.. setiap satunya mempunyai nilai dan hargai yg tersendiri,sangat manis bila dikenang. terima kasih rakan-rakan juga pensyarah kerana sokongan dan kerjasama yang di berikan. terima kasih semua.

Friday, 9 March 2012

the power of feedback

Feedback can be very powerful.

"if you receive feedback but do not change for the better,
you will be perceived more negatively than if you had not received feedback"

you can compound your negative feedback by ignoring or rejecting it.
when negative feedback by ignoring or rejecting it. when people receive feedback,
they react. their reaction may range from extremely  negative to extremely positive,
or there may be no visible reaction at all. regardless of the reaction, a third principle emerges.
(joseph r. folkman, 2006)

Friday, 2 March 2012

neurosains dalam pendidikan

Pengetahuan tentang gelombang otak adalah salah satu cabang dalam bidang neurosains. Merupakan bidang yang baru yang sedang berkembang di Malaysia. bidang kegemaran teacher, teruja bila tahu tentang gelombang otak serta peranannya dalam kehidupan seharian.... beta, alpha, theta dan delta....